Pages
My Mumble Bee
Blog ini adalah blog di mana segala kesengalan dicampakkan dan dimuntahkan ikut suka. Sekiranya anda berminat untuk membaca kerapuan penulis, sila berkunjung ke
Lanun Ranggi
Monday, May 6, 2013
Seribu makna
Bila kau rasakan keadaan tidak seindah selalu;
Satu senyuman
Indah santun,
Penyembunyi luka,
Penghilang lara,
Pengubat duka,
Pencetus cinta,
Satu senyuman,
Seribu makna.
Saturday, February 9, 2013
Janji
Tegap pohon kerana akarnya,
Tegap Kasih kerana ikrarnya,
Teguh akarnya, pohon takkan bongkar,
Teguh ikrarnya, kasih takkan ingkar.
Sunday, December 30, 2012
Cotton Candy
You are so soft
and sweet
like a cotton candy
I want you,
my cotton candy.
Sunday, December 16, 2012
Datang lagi
Rindu. Lepaskan
Ia mekar bertaut
semakin kuat
semakin hebat.
Masa jadi pengukur.
Tekanan mencipta berlian.
Tak perlu.
Kau sememangnya permata berkilauan.
Sunday, November 25, 2012
Bebas
Kembalikan tanah milik mereka.
Kau bukan pemiliknya.
Jangan bermaharajalela di bumi yang bukan kau punya.
Tidakkah kau lihat betapa mereka tidak gentar
dengan serangan roket dan mortar
Tanah itu milik mereka
Mereka gugur memerdekakannya.
Suatu hari nanti kau kan tahu
Apabila mereka semua bersatu
Menghapuskan Kedurjanaanmu
dengan izin Dia yang satu.
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)